HomeUtamaKes Positif Covid-19 di Sabah Kembali Meningkat

Kes Positif Covid-19 di Sabah Kembali Meningkat

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Kes positif Covid-19 di Sabah kembali meningkat selepas beberapa hari mencatat penurunan kes, kes meningkat sebanyak 64 kes iaitu daripada 184 kes kelmarin (16 Jun 2021) kepada 248 kes (17 Jun 2021).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media hari ini, daripada 248 kes jangkitan baharu hari ini, 85 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 108 kes adalah daripada saringan kluster, 32 kes adalah daripada saringan bergejala, 10 kes daripada saringan bersasar dan 13 kes adalah daripada lain-lain kes.

10 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan 5 daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat 1 angka, manakala 5 lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat 2 angka iaitu Papar 49 kes (+42), Kota Belud 20 kes (+16), Kudat 15 kes (+13), Lahad Datu 16 kes (+11) dan Sandakan 17 kes (+10). Dua (2) daerah lain yang mencatatkan kes baharu pada hari ini iaitu Kota Kinabalu (60 kes) dan Keningau (2 kes) kekal sebagaimana jumlah kes kelmarin.

“Catatan kes yang agak tinggi di Kota Kinabalu dipengaruhi oleh jumlah Saringan Kluster dari 5 kluster iaitu sebanyak 27 kes baharu yang didominasi oleh Kluster Coral sebanyak 17 kes, manakala peningkatan yang dicatatkan oleh Papar pula disumbangkan oleh oleh Kluster Kg Gusi yang mencatatkan 44 kes baharu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah.

Walau bagaimanapun, 7 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. 5 daerah mencapai penurunan kes dengan julat 1 angka, manakala 2 daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat 2 angka iaitu Kunak (-15) dan Tawau (-13).

Manakala pada hari ini, 10 daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Kunak, Tongod, Pitas, Ranau, Sipitang, Tenom dan Tambunan.

Katanya, secara keseluruhan, penerimaan masyarakat terhadap keperluan untuk pematuhan SOP Kendiri dapat dilihat daripada perubahan angka setiap hari. Dengan catatan 108 kes melalui Saringan Kluster dan 85 kes melalui Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan bahawa masih terdapat kebarangkalian berlakunya aktiviti ketidakpatuhan terhadap SOP yang telah digariskan.

Dalam pada itu Masidi turut menggesa orang ramai untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya