HomeUtamaYakin Semua Pemimpin Politik Bincang Tangani COVID-19 Apabila Parlimen Dibuka - Dr...

Yakin Semua Pemimpin Politik Bincang Tangani COVID-19 Apabila Parlimen Dibuka – Dr Maximus

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yakin semua pemimpin politik tidak kira sama ada kerajaan mahupun pembangkang akan mengenepikan isu pertukaran kerajaan ketika negara masih dilanda COVID-19.

Katanya, rakyat mahukan kerajaan sedia ada lebih prihatin dalam mengatasi wabak COVID-19 selain ingin menstabilkan semula ekonomi negara.

“Saya yakin bahawa semua parti pembangkang tidak akan mengutarakan isu pertukaran kerajaan sekarang dan rakyat sudah pasti tidak peduli siapa yang mempunyai majoriti untuk menjadi kerajaan.

“Malah beberapa pemimpin parti lain khususnya Presiden PKR; Setiausaha Agung DAP dan Pengerusi Penaja Pejuang turut menyatakan mahu kestabilan negara selain keperluan untuk menangani wabak COVID-19,”katanya dalam sidang media secara dalam talian petang tadi.

Dr Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) ini berkata, pihaknya menaruh keyakinan kepada Perdana Menteri selaku ketua kerajaan untuk menentukan tarikh Parlimen bersidang.

“Berdasarkan undang-undang, Perdana Menteri mempunyai kuasa bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan tarikh persidangan Parlimen,”katanya.

Terdahulu, sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran persidangan Parlimen berkemungkinan akan diadakan selepas darurat tamat pada Ogos depan.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya