HomeUtama1,080 Bakul Makanan Disumbangkan Kepada Petugas Barisan Hadapan Menerusi Program MAFI Prihatin

1,080 Bakul Makanan Disumbangkan Kepada Petugas Barisan Hadapan Menerusi Program MAFI Prihatin

Read Time:1 Minute, 31 Second

BELURAN : Sebanyak 1,080 bakul makanan disumbangkan kepada petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang bertugas di daerah ini melalui program sumbangan MAFI Prihatin.

Sumbangan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu adalah sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan Negara terhadap pengorbannan dan usaha berterusan mengekang penularan wabak COVID-19.

Penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran disini.

Sumbangan keperluan makanan asas diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Beluran Superitenden Kassim Muda dan Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Beluran Dr. Nursaini Binti Nion.

Agihan bakul makanan itu akan diserahkan kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan dalam Parlimen Beluran.

Dr Ronald menyerahkan sumbangan MAFI Prihatin kepada Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Beluran Dr. Nursaini Binti Nion

Pemberian sumbangan ini juga antara lain bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat khususnya dengan petugas barisan hadapan negara yang tidak pernah jemu menjalankan tugas demi memastikan keselamatan rakyat dan negara terus terjaga sepanjang masa.

Keprihatinan Menteri MAFI bersama pihak LPP turun ke lapangan adalah sebagai tanda sokongan moral kepada para petugas barisan hadapan negara, sepanjang usaha mereka bertungkus-lumus memutuskan rantaian COVID-19 sejak pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu hingga sekarang.

Dalam pada itu, Dr Ronald sempat meninjau projek ternakan ikan dilaksanakan oleh PPK Beluran dan melepaskan benih ikan baulu sejumlah 8,000 ekor.

Pelaksanaan projek bernilai RM150,000 ini adalah antara inisiatif dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi meringankan beban barisan hadapan sektor pertanian dan industri makanan khususnya petani, nelayan dan penternak yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk Samad Jambri, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Abu Sujak Sahuji, Timbalan Pengarah LPP Sabah Abd Razak Said dan Pengurus Besar PPK Beluran Sumarang Chunbung.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya