HomeIsu tempatanKeputusan cemerlang SPM kakak bakar semangat 3 beradik daki bukit ikuti kelas...

Keputusan cemerlang SPM kakak bakar semangat 3 beradik daki bukit ikuti kelas dalam Talian

Read Time:1 Minute, 34 Second

Bernama

PAPAR: Keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kakak mereka membakar semangat tiga beradik untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga sanggup mendaki bukit hampir setiap hari bagi mendapatkan isyarat perkhidmatan Internet untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Dona Fiona David, 17, Richie Declare, 11 dan Falesia Brisha, 7, akan memulakan perjalanan kaki seawal 7 pagi ke kawasan bukit yang terletak kira-kira 2km dari kampung mereka di Kopozon Gana, semata-mata untuk mendapatkan isyarat perkhidmatan Internet.

Mereka kebiasaannya memulakan PdPR seawal 8 pagi, dan mereka nekad untuk melakukan terbaik bagi mengikut jejak langkah kakak mereka Debra Penny David, 18, yang memperoleh keputusan 7A dalam SPM baru-baru ini.

Dona Fiona berkata, mereka tiga beradik kebiasaannya akan ditemani bapa mereka, David Lamaris, 57, dan ibu Rosalia Onlon, 46, dan akan menghabiskan masa sehingga lewat petang sekiranya cuaca baik untuk menghantar kerja sekolah.

“Rasa putus asa memang ada, rasa macam saya malas sudah mahu ikut PdPR tapi lepas saya nampak keputusan kakak, saya pun rasa mahu macam dia

“Kalau setiap kali PdPR kami mesti naik di sini, untuk hantar tugasan paling kurang satu minggu tiga kali,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Rosalia berkata, anak-anaknya terpaksa ke bukit berkenaan kerana hanya kawasan itu mempunyai isyarat Internet yang baik.

“Memang di sini saja yang ada isyarat Internet, mula-mula kami penoreh getah di sini…jadi kami suka-suka tengok macam mencari-cari ‘line’…tiba-tiba di sini ada isyarat penuh.

“Jadi (mereka) fikir mahu belajar di sini, sebab itulah kami buka pondok, dahulu kami menoreh getah tiada pondok,” katanya.

Kata David pula, disebabkan hanya bukit berkenaan mempunyai isyarat Internet yang baik, mereka telah membersihkan kawasan berkenaan, malah lebih ramai pelajar lain dari kampung itu yang datang ke sini untuk mengikuti PdPR.

“Budak-budak ramai datang ke bukit berkenaan sejak PKP pertama kerana bukit berkenaan mempunyai isyarat Internet yang baik dan ia berlarutan sehingga hari ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya