4 Lokaliti Dikenakan PKPD, 6 Kawasan Tamat PKPD

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti dari daerah Tawau iaitu Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih, manakala dua lokaliti dari daerah Sandakan iaitu Lorong 12, 15 & 16, Taman Fajar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, empat lokaliti tersebut dikenakan pelaksanaan PKPD berkuat kuasa 27 Jun 2021 sehingga 10 Julai 2021.

“Susulan dengan pelaksanaan PKPD tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan 12 kes positif di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut selepas 31 individu disaring manakala di Kampung Baru Pasir Putih, sebanyak 50 ujian saringan dilakukan dan 10 daripadanya dilaporkan positif COVID-19.

“KKM juga mengesahkan berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam tempoh singkat apabila 17 kes positif telah direkodkan di Lorong 12, 15 & 16, Taman Fajar selepas 91 orang menjalani ujian saringan manakala di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni, 42 orang disaring dan 15 disahkan positif COVID-19,”kata Masidi yang juga Jurucakap COVID-19 Negeri dalam kenyataan media hari ini.

Dalam perkembangan lain, enam kawasan PKPD ditamatkan pada Sabtu 26 Jun 2021 termasuklah Taman Villa Felca Nambazan, Penampang,Kampung Kadazan, Tawau,
perkampungan di Kota Kinabalu, Kampung Skim Cocos, Kunak, Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu dan Taman Telipok Jaya, Tuaran.

Menurut Masidi, kerajaan bersetuju selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM supaya menamatkan PKPD di kawasan-kawasan tersebut setelah KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *