Tiga Rumah di Kawasan PKPD Musnah Terbakar

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:56 Second

KOTA BELUD: Tiga sekeluarga yang tinggal di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berhadapan  ujian berat selepas rumah didiami musnah terbakar di Kampung Taun Gusi Peninting di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kejadian berlaku kira-kita jam 8.30 malam membabitkan tiga rumah struktur kayu.

“Kita menggegaskan sepasukan anggota selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.32 malam bagi memadam kebakaran di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud.

“Operasi pemadaman dijalankan dengan kekuatan seorang pegawai dan sembilan anggota bersama sebuah jentera kecemasan Fire Rescue Tender (FRT).

“Operasi turut dibantu sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik bomba,” katanya.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.30 malam dan dua rumah jenis separuh kekal dan sebuah rumah jenis tidak kekal masing-masing berukuran 1,200 kaki persegi musnah 100 peratus.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, manakala sementara punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Zon Kudat.

“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 11.33 malam,”katanya. – Utusan Borneo

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *