HomeUtamaPKPD Penjara Kepayan Diperluaskan

PKPD Penjara Kepayan Diperluaskan

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Penjara Kepayan yang dikenakan PKPD bermula isnin ini diperluaskan merangkumi kuarters Penjara di Kg Matambai Penampang kerana berlaku penularan kes berkuat kuasa 28 Jun 2021 hingga 11 Julai 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua lagi lokaliti di Kota Belud dikenakan PKPD Kampung Nahaba Tegudon dan Kampung Linau berkuat kuasa 29 Jun sehingga 12 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan kes COVID-19 di kedua-dua lokaliti tersebut di mana 9 kes positif telah direkodkan hasil dari 48 ujian saringan yang dijalankan di Kampung Nahaba Tegudon dan 11 kes positif direkodkan dari 15 ujian saringan yang dilaksanakan di Kampung Linau,”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Katanya, PKPD Kampung Penimbawan, Tuaran dilanjutkan dimana kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Penimbawan, Tuaran yang dijadualkan tamat pada 28 Jun 2021, KKM mengesahkan masih terdapat penularan kes dan jangkitan baharu direkodkan di lokasi tersebut.

Kerajaan memutuskan melanjutkan PKPD di Kampung Penimbawan, Tuaran berkuat kuasa 29 Jun sehingga 12 Julai 2021.

Dalam pada itu, tiga lokasi PKPD ditamatkan iaitu Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud, Kampung Tanjung Kapor, Kudat dan Kampung Tanjung Kapor, Kudat pada 28 Jun 2021 (11.59 malam), seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

KKM mendapati terdapat trend penurunan kes di tiga lokasi yang ditamatkan PKPD dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya