COVID-19 : Aktiviti Sosial Penjualan Nombor Ekor Haram Antara 3 Kluster Dicatatkan Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Sabah hari ini mencatatkan tiga kluster baharu dimana dua daripadanya dipercayai berpunca dari aktiviti sosial penjualan nombor ekor haram dan aktiviti menziarahi keluarga.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara kluster terbabit adalah Kluster Kuarters Bata Burok-Keningau; Kluster Linau Kumpang-Kota Belud dan Kluster Tembok Kota Kinabalu.

“Kluster Kuarters Bata Durok – Keningau membabitkan jangkitan dalam komuniti dimana kes indeks seorang lelaki berusia 69 tahun dari Taman Keningau Ville yang melakukan saringan pra-kemasukan wad di Hospital Keningau pada 23 Jun lalu.

“Siasatan kontak rapat kemudian mendapati 11 lagi kes positif RTK-Ag masing-masing dua kes pada 24 Jun dan sembilan kes pada 26 Jun menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 12 kes.,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, aktiviti sosial iaitu penjualan nombor ekor haram dipercayai menjadi punca jangkitan merebak kepada ahli keluarga seterusnya komuniti.

Sementara itu, beliau berkata, bagi Kluster Linau Kumpang Kota Belud hari ini mencatat 13 kes bahari menjadikan jumlah terkini kes positif COVID-19 sebanyak 30 kes.

“Kes indeks merupakan seorang wanita berusia 40 tahun yang mempunyai gejala demam, selsema dan hilang deria bau sejak 11 Jun, sebelum disahkan positif pada 13 Jun  di Hospital Kota Belud.

“Susulan kes itu, pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 55 kontak menemukan 29 lagi kes positif dalam kalangan ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual, sementara satu individu masih menunggu keputusan saringan pertama,”katanya.

Tambahnya, semua kes positif terbabit telah dirujuk untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Queen Elizabeth dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kota Belud.

“Berdasarkan siasatan awal, kes indeks yang berasal dari Kampung Ejuk berkemungkinan mendapat jangkitan daripada komuniti ketika menziarahi keluarganya, di Kampung Linau Kumpang pada 10 Jun lalu,”katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Kluster Tembok Kota Kinabalu yang berlaku dalam kategori golongan berisiko di Penjara Pusat Kepayan, Kota Kinabalu.

Katanya, kes indeks ialah banduan lelaki berusia 24 tahun seorang warganegara Indonesia yang disahkan positif pada 17 Jun lalu hasil saringan orang kena tahan (OKT) di penjara pusat tersebut.

“Berbanding 419 sampel yang telah diambil, 31 kes termasuk 13 kes baharu pada hari ini didaftarkan di Kota Kinabalu, manakala 255 sampel didapati negatif serta 133 sampel masih menunggu keputusan.

“Sampel ulangan akan dijalankan terhadap kontak yang dikesan negatif. Turut dikesan positif, dua kes yang didaftarkan di daerah Penampang dan satu kes di daerah Papar hasil saringan kontak rapat sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 34 kes,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *