HomeUtamaCOVID-19: 190 Kes Positif Dicatatkan Di Sabah

COVID-19: 190 Kes Positif Dicatatkan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak satu kes iaitu daripada 189 kes semalam kepada 190 kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 190 kes jangkitan baharu hari ini, 75 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 57 kes adalah daripada saringan kluster, 27 kes adalah daripada saringan bergejala, 21 kes daripada saringan bersasar dan 10 kes adalah daripada lain-lain kes.

“12 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan 11 daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala satu lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Keningau 11 kes (+10).

“Daerah Papar kekal catatan kes baharu sebagaimana hari semalam iaitu dengan satu kes. Walau bagaimanapun, sembilan daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes. Tujuh daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala dua daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Kudat (-22) dan Kota Marudu (-13),”katanya

Katanya, hari ini sembilan daerah mencatatkan sifar kes membabitkan Beluran, Telupid, Kinabatangan, Semporna, Pitas, Ranau, Sipitang, Tenom dan Tambunan.

“Setakat ini, Zon Hijau kekal kepada dua daerah namun, dengan jumlah catatan sebanyak 75 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

“Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kumpulan pertama 118 jemaah haji Sabah kembali ke tanah air

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular