HomeUtamaCOVID-19 : Kluster Dalam Komuniti Direkodkan Di Sabah, Jumlah Positif Kembali Menurun...

COVID-19 : Kluster Dalam Komuniti Direkodkan Di Sabah, Jumlah Positif Kembali Menurun Kepada 178 Kes

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Satu kluster baharu COVID-19 dicatatkan di Sabah hari ini melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Darat Kota Kinabalu iaitu Kluster Muhibbah Manggatal yang merekodkan penularan di tiga buah daerah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, antara daerah terlibat dalam kluster berkenaan ialah Kota Kinabalu; Tuaran dan Penampang.

“Kes indeks merupakan pemandu lelaki berusia 49 tahun di salah sebuah badan berkanun di pusat bandaraya yang disahkan positif COVID-19 melalui saringan bergejala di Klinik Kesihatan Manggatal pada 29 Jun lalu.

“Aktiviti pengesanan kontak serta saringan secara bersasar di lokaliti terbabit yang dijalankan Pasukan Kawalan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) kemudiannya mendapati 40 lagi kes positif termasuk enam kes baharu hari ini,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi bagi kluster ini sebanyak 41 kes.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, penularan jangkitan berkemungkinan merebak dalam komuniti kampung berkenaan. Saringan bersasar dan siasatan lanjut masih giat dijalankan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 80 kes iaitu daripada 258 kes semalam  kepada 178 kes pada hari ini.

Kataya, daripada 178 kes jangkitan baharu hari ini, 102 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 42 kes adalah daripada saringan kluster, 17 kes adalah daripada saringan bergejala, dua kes daripada saringan bersasar dan 15 kes adalah daripada lain-lain kes.

“14 daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes. 10 daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala empat daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Kota Kinabalu ;Kudat ; Tawau dan Keningau.

“Walau bagaimanapun, lapan daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lima daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala tiga lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Putatan, Semporna dan Tuaran,”katanya.

Katanya, pada hari ini, tujuh daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Tongod, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom dan Nabawan.

RELATED ARTICLES
Utama

Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya