HomeUtamaCOVID-19 : 3 Kematian Direkodkan, Kes Positif Kembali Meningkat

COVID-19 : 3 Kematian Direkodkan, Kes Positif Kembali Meningkat

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak tiga kes kematian disebabkan COVID-19 direkodkan hari ini di Sabah membabitkan dua di daerah Kota Belud dan satu lagi dicatatkan di Tawau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah turut merekodkan jumlah kes positif baharu yang tinggi sebanyak 242 kes berbanding 178 kes semalam.

“Daripada 242 kes jangkitan baharu hari ini, 115 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 94 kes adalah daripada saringan kluster, 14 kes adalah daripada saringan bergejala, lapan kes daripada saringan bersasar dan 11 kes adalah daripada lain-lain kes.

“11 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala empat lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Kota Kinabalu ; Kunak ; Penampang ; dan Kuala Penyu.

Katanya, daerah Kalabakan kekal catatan kes baharu sebagaimana hari semalam iaitu dengan empat kes.

“Walau bagaimanapun, 10 daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes dimana lapan daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala dua daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Putatan dan Semporna.

“Pada hari ini, sembilan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Tongod, Ranau, Putatan, Sipitang, Tenom dan Tambunan,”katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Kota Kinabalu hari ini direkodkan menerusi beberapa saringan kluster dan lain-lain saringan.

“Daripada 99 kes yang direkodkan di Kota Kinabalu, sebanyak 66 kes adalah daripada saringan kluster dan 33 kes lagi adalah daripada lain-lain saringan.

“51 kes berpunca daripada Kluster Tembok Kota Kinabalu, lima kes daripada Kluster Ocean Blue, lima kes daripada Kluster Coral dan lima kes daripada Kluster Tanjung Aru Baru,”katanya.

Katanya lagi, Kluster Tembok Kota Kinabalu adalah kluster daripada Penjara Kepayan, manakala Kluster Ocean Blue dan Kluster Coral adalah kluster daripada pekerja-pekerja pelantar minyak (offshore).

RELATED ARTICLES
Utama

Pendekatan lebih tegas diambil pastikan Pesta Kaamatan Negeri Sabah berjalan lancar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya