HomeUtamaSebanyak 30.9 Peratus Daftar Vaksin Di Sabah

Sebanyak 30.9 Peratus Daftar Vaksin Di Sabah

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 5,896  pendaftaran baharu bagi penerima vaksin COVID-19 direkodkan hari ini di Sabah dan menjadikan peratusan pendaftaran bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini adalah sebanyak 30.9 peratus.

Data juga menunjukkan peningkatan pendaftaran baharu iaitu seramai  34,114 berbanding data yang dikongsikan pada 25 jun yang lalu.

Melalui kenyataan Medianya hari ini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah pendaftaran baharu itu menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar adalah sebanyak 885,878 orang

“Daripada jumlah itu, sebanyak 810,634  mendaftar melalui MySejahtera; 74,961 mendaftar melalui laman web dan 283 lagi pendaftaran dilakukan melalui talian vaksinasi.

infografik mengenai jumlah pendaftaran Vaksin di Negeri Sabah

“Berdasarkan statistik, jumlah kumulatif bagi fasa 1 dos 1 ialah 63,052 orang manakala sebanyak 316 suntikan baharu yang dibuat bagi fasa 1 dos 2 menjadikan jumlah kamulatif sebanyak 55,219 orang

Manakala bagi fasa 2 dos 1 PCIK, 3433 Suntikan baharu dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak320,517 orang manakala dos 2 fasa dua sebanyak 7357 suntikan baharu dibuat hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 128, 079 orang.

Semalam Menteri Sains, teknologi dan inovasi, Yb Khairy Jamaluddin turut mengongsikan data mengenai jumlah bekalan vaksin yang bakal diterima untuk bulan julai bagi negeri Sabah.

data yang dikongsikan JKAV

Katanya sejumlah 675, 032 dos vaksin akan dihantar ke Negeri Sabah, dan menurut data setakat  28 jun, jumlah peratus penduduk Sabah  yang menerima sekurang-kurang 1 dos adalah 9.6% manakala jumlah yang sudah melengkapkan 2 dos adalah 4.6%.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya