HomeUtamaPBRS Sokong Kerajaan Negeri Longgar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Di Sabah

PBRS Sokong Kerajaan Negeri Longgar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Di Sabah

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong penuh keputusan kerajaan Sabah seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 di negeri ini.

Pemangku Setiausaha Agung PBRS Richard Kastum berkata, PBRS percaya keputusan kerajaan itu adalah setelah mengambil kira semua faktor termasuklah jumlah  kes yang dicatatkan rendah di Sabah  berbanding dengan Negeri lain dan  keperluan untuk kembali memulihkan ekonomi Negeri Sabah serta membantu mereka yang terputus pendapatan selama PKP dijalankan.

Kami berdiri teguh menyokong keputusan kerajaan Negeri yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Hajiji dan yakin Kerajaan Persekutuan dapat memahami keputusan tersebut adalah untuk kepentingan Ekonomi Negeri dan rakyat Sabah.

Walau bagaimanapun, sebaik kelonggaran  SOP baharu dikeluarkan dan dilaksanakan, penguatkuasaan yang berkesan mestilah dijalankan untuk memastikan masyarakat dan premis perniagaan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

PBRS juga berharap Program Vaksinasi terus dipercepatkan  dan  bekalan vaksin yang mencukupi dapat disalurkan dengan segera ke Sabah.  Untuk memulihkan ekonomi Negara program vaksinasi sangat perlu diperluaskan segera kepada golongan ‘frontliner’ ekonomi – para peniaga, penjaja dan pekerja sebagai langkah untuk mengelakkan risiko  jangkitan dan seterusnya dapat  memacu ekonomi negeri dan membantu rakyat  yang terjejas akibat Covid-19.

RELATED ARTICLES
Utama

AJ Productions Sdn. Bhd tarik diri kerjasama penganjuran BOHEX

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular