COVID-19 : Majlis Pengebumian Cetus Kluster Baharu Di Beaufort

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan satu kluster baharu COVID-19 hari ini melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti ekoran majlis pengebumian di Kampung Gelilia Padas Damit pada 20 Jun lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster yang dinamakan sebagai Kluster Limbawang itu dikesan apabila kes indeks seorang lelaki berusia 35 tahun dari Kampung Kelabu disahkan positif ujian RTK-Ag.

“Kes indeks berkenaan telah melakukan saringan di Klinik Kesihatan Padas Damit pada 21 Jun lalu setelah mengalami gejala demam sejak 19 Jun lalu.

“Saringan kontak rapat masing-masing mendapati empat kes positif dalam kalangan ahli keluarga dan tetamu majlis terbabit,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, terdapat bukti penularan menerusi kontak sosial yang melibatkan ahli keluarga di empat lokaliti berbeza sekitar mukim Limbawang.

“Daripada 160 kontak yang disaring, 21 individu dikesan positif termasuk dua kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 30 kes,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *