HomeUtamaPPPBS Sambut Baik Cadangan KePKAS Laksana Pemberian Vaksin Kepada Penggiat Industri Pelancongan...

PPPBS Sambut Baik Cadangan KePKAS Laksana Pemberian Vaksin Kepada Penggiat Industri Pelancongan Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Pelancongan Pantai Barat Sabah (PPPBS) menyambut baik cadangan Kementerian Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) bagi melaksanakan program vaksinasi khas kepada penggiat industi pelancongan di Sabah.

Pengerusi PPPBS Azami Bongsu berkata, usaha itu dilihat perlu bagi memastikan industri pelancongan di Sabah dapat beroperasi dengan segera selain mampu membantu mencapai imuniti kelompok sebanyak 80 peratus.

“Saya difahamkan KePKAS juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).  Ini juga adalah seiring dengan Pelan Pemulihan Pelancongan.

“Inisiatif ini juga akan membantu kepada pemangkin ekonomi negeri khususnya dalam sektor pelancongan yang mana kini terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.  Mereka yang terlibat dalam industri ini juga wajar diberi keutamaan segera,”katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Azami berkata, pihaknya sedia menjalin kerjasama dengan KePKAS mahupun MOTAC sebagai ‘pemudahcara’ bagi melaksanakan program khas vaksinasi kepada mereka yang terlibat dalam industri pelancongan.

“Dipihak persatuan, kita sedia bekerjasama sekiranya diperlukan sama ada bagi penyediaan fasiliti, pendaftaran mahupun perkara yang berkaitan bagi memastikan usaha pemberian vaksin kepada mereka yang terlibat dapat divaksinasi segera,”katanya.

Baru- baru ini, Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah meminta kerajaan pusat agar dapat memberi kouta khas vaksin COVID-19 kepada semua yang terlibat dalam industri pelancongan di Sabah.

Katanya, kouta itu dilihat perlu bagi memastikan sektor pelancongan di Sabah dapat beroperasi segera selepas terkesan teruk akibat penularan wabak COVID-19 sejak tahun lalu.

Berikutan cadangan itu, MOTAC akan bekerjasama dengan KePKAS melaksanakan program vaksinasi khas itu seiring dengan Pelan Pemulihan Pelancongan khususnya di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular