HomeUtamaCOVID-19 : Kluster Melibatkan Penularan Dalam Komuniti Nelayan Dicatatkan Di Sabah

COVID-19 : Kluster Melibatkan Penularan Dalam Komuniti Nelayan Dicatatkan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Satu kluster baharu COVID-19 dicatatkan di Sabah hari ini melibatkan penularan dalam komuniti nelayan di Mukim Mapan-Mapan Daerah Pitas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster yang dinamakan sebagai Kluster Tanjung Pitas itu mula direkodkan di Hospital Pitas melalui saringan bergejala terhadap kes indeks.

“Kes indeks seorang suri rumah berusia 26 tahun dari Kampung Naruntung pada 27 Jun lalu yang positif RTK-Ag.

“Berikutan kes itu, Pejabat Kesihatan Daerah Pitas kemudian menerima 20 lagi kes positif RTK-Ag hasil saringan kontak yang dijalankan,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, jumlah tersebut termasuk tiga kes positif daripada Makmal Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Pitas hasil saringan kontak serumah pada 28 Jun dan salah seorangnya adalah suami kepada kes indeks yang bekerja sebagai nelayan dan menjual ikan di Kampung Taritipan Kota Marudu.

“Turut dikesan, satu kes hasil saringan komuniti di Kampung Naruntung pada 29 Jun dan 16 kes PCR positif dalam kalangan penduduk Kampung Naruntung pada 30 Jun.

“Jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 43 kes setelah 22 kes baharu dicatatkan pada 01 Julai,”katanya.

Katanya, berdasarkan siasatan, terdapat dua kemungkinan yang menjadi punca jangkitan iaitu pergerakan penduduk kampung ke Pulau Banggi, Kudat sepanjang bulan Mei serta Jun dan pergerakan peraih ikan di Kampung Naruntung yang menjual ikan di kawasan Pitas dan Kota Marudu.

“Pengesanan kontak rapat bagi ahli keluarga kes positif masih aktif dijalankan hingga sekarang,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya