COVID-19 : Jangkitan Tempat Kerja Cetus Satu Kluster Baharu Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan satu kluster baharu COVID-19 hari ini melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja melibatkan pekerja di sebuah pelantar cari gali minyak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks bagi kluster yang dinamakan sebagai Kluster Bahtera Barat ini merupakan seorang lelaki berusia 31 tahun yang merupakan kakitangan di pelantar berkenaan.

“Lelaki berkenaan tidak menunjukkan sebarang gejala namun disahkan positif dalam saringan prosedur ‘sign off’ kapal pada 08 Jun lalu ketika menjalani kuarantin wajib di salah sebuah hotel di Bandaraya Kota Kinabalu.

“Pasukan kawalan yang menjalankan aktiviti pengesanan kontak dan saringan secara bersasar di lokaliti terbabit mengenalpasti syarikat tersebut mempunyai 162 kakitangan,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Katanya, daripada 301 sampel yang diambil termasuk sampel ulangan, 17 sampel didapati positif termasuk lima kes baharu yang direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 18 kes.

“Sementara baki 283 sampel lagi adalah negatif,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *