HomeIsu tempatanSESB Buka Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Bermula Esok

SESB Buka Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Bermula Esok

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memulakan operasi kaunter perkhidmatan pelanggan seperti biasa bermula esok di seluruh Sabah dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, sejajar dengan langkah kerajaan memberi kelonggaran kepada sektor perkhidmatan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama, SESB akan kembali beroperasi seperti biasa.

“Kaunter perkhidmatan pelanggan termasuklah kaunter pandu lalu akan memulakan operasi pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat).

“Walaubagaimanapun, perkhidmatan di Wilayah Persekutuan Labuan masih ditutup akibat lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sana,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Abdul Nasser berkata, persiapan telah dilakukan mengikuti peraturan-peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memelihara pengguna dan warga kerja SESB.

Katanya, ini termasuklah memastikan pengguna memakai pelitup muka, melakukan pemeriksaan suhu badan, mendaftar kehadiran melalui MySejahtera sebelum memasuki premis serta menggunakan cecair nyah kuman yang disediakan dan mengamalkan penjarakan sosial.

“Disamping pembukaan kaunter ini, pengguna dinasihatkan juga untuk mendaftar dalam sistem perkhidmatan pelanggan secara dalam talian SESB (OCS) bagi memudahkan urusan-urusan lazim berkaitan bil elektrik.

“Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan https://ocs.sesb.com.my,”katanya.

Tambahnya lagi, sebagai langkah untuk memastikan bilangan pengguna yang berurusan di kaunter perkhidmatan pengguna adalah terkawal, pelaksanaan Drop Box masih lagi digunapakai di mana pengguna boleh memasukkan dokumen permohonan berkaitan ke dalam kotak yang disediakan di Kaunter Polis Bantuan SESB.

“Pihak SESB akan menghubungi pengguna dalam tempoh 48 jam bagi memaklumkan penerimaan borang dan tindakan yang perlu diambil selanjutnya.

“Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna supaya memberikan maklumat yang lengkap bagi memudahkan anggota kerja SESB menghubungi mereka untuk proses seterusnya,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya