4,852 Bakul Makanan Diagihkan Kepada Penduduk Terjejas Di Kiulu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

KIULU : Sebanyak 4,852 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sekitar daerah ini.

Penolong Pegawai Daerah Kecil Kiulu Justin Ginduk berkata, agihan bakul makanan itu diselaraskan Pejabat Daerah Kecil Kiulu bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kiulu sejak 29 Jun lalu.

Katanya, agihan itu turut melibatkan kerjasama antara Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan ketua- ketua kampung di kawasan tersebut.

“Selain itu, lebih 400 individu yang tersenarai dibawah program E-Kasih turut menerima bakul makanan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai turut meminta Pejabat Daerah dan UPPM Kiulu memastikan bantuan segera diagihkan kepada yang memerlukan.

“Beliau turut meminta agar pengagihan bakul makanan diagihkan kepada keluarga yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik,” katanya ketika ditemui di Pusat Komuniti Kiulu disini.

Sementara itu, Joniston ketika dihubungi berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Kecil Kiulu dan UPPM Kiulu kerana berjaya mengendalikan pengedaran bakul makanan dengan cekap.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *