HomeIsu tempatanLima Kampung Di Parlimen Beaufort Terima Sumbangan Kerbau Untuk Ibadah Korban

Lima Kampung Di Parlimen Beaufort Terima Sumbangan Kerbau Untuk Ibadah Korban

Read Time:45 Second

BEAUFORT: Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin menyerahkan sumbangan kerbau kepada lima buah kampung yang berada di kawasan Parlimen Beaufort.

Katanya, sumbangan itu adalah untuk diagihkan kepada penduduk sempena perayaan Hari Raya Aidiladha yang akan diadakan pada Selasa depan.

“Ini merupakan sumbangan peribadi saya dimana ia akan digunakan untuk diagihkan kepada penduduk kampung terlibat,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini

Lajim yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort berkata, penyerahan itu merupakan sumbangan amal yang dilaksanakan setiap tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Katanya, antara kampung terlibat menerima sumbangan ialah Kampung Kebatu; Kampung Kabidang; Kampung Kukut; Kampung Limbawang dan Kampung Kota Klias.

“Saya berharap agar sumbangan ini akan dapat memberi sedikit kegembiraan kepada penduduk terlibat khususnya ketika berdepan pandemic COVID-19.

“Meskipun kita dibenarkan untuk melaksanakan ibadah korban namun pematuhan prosedur standard operasi (SOP) perlu dipatuhi sentiasa agar kita dapat dijauhi dari penyakit ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya