HomeUtamaCOVID-19: Lagi majlis pengebumian cetus kluster baharu, 7 lokaliti dikenakan PKPD di...

COVID-19: Lagi majlis pengebumian cetus kluster baharu, 7 lokaliti dikenakan PKPD di Sabah

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Kluster Kebun Lama, Papar merupakan kluster kategori komuniti yang dikesan di daerah Kota Kinabalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah lelaki, 33, yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan sign-on kapal pada 15 Julai 2021.

Bagaimanapun, saringan kontak rapat mendapati satu kes positif di daerah Papar pada 17 Julai 2021.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 negeri dalam satu kenyataan media hari ini, berikutan penemuan kes positif itu bagi Kluster Kebun Lama, Papar, saringan kontak dijalankan terhadap 35 sampel dan mendapati 26 kontak positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 27 kes, lapan sampel negatif dan satu sampel masih menunggu keputusan ujian saringan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, punca pertambahan bilangan kes positif dalam kalangan keluarga disyaki berpunca daripada majlis pengebumian pada 6 Julai 2021 di Kg Kabang diikuti majlis tahlil selama lima hari yang dihadiri 60 orang di Kg Nagapas, Papar.

Manakala Kluster Kuril Kinabatangan berlaku di tempat kerja iaitu sebuah ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.

“Kes indeks merupakan pemandu ladang, lelaki, 26, yang disahkan positif COVID-19 dengan keputusan RTK-Ag (grading 100%) di Klinik Mabello Paris, Kinabatangan pada 15 Julai 2021.

“Namun saringan kontak kemudian mengesan 11 lagi kes positif dalam kalangan keluarga, pekerja dan tanggungan”,katanya.

Aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.

Setakat hari ini, terdapat 12 kes positif COVID-19 bagi Kluster Kuril, Kinabatangan direkodkan termasuk 10 kes baharu.

Semantara itu, terdapat tujuh lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 24 Julai hingga 6 Ogos 2021 melibatkan dua lokaliti di Tuaran iaitu Kg Pukak, Mukim Tengah dan PPR Gayang Ria, Mukim Berungis, Kampung Gumandang, Kudat, Kampung Lumatai Ulu, Beaufort, tiga Lokaliti di Sipitang iaitu Kampung Banting, Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya