COVID-19: 4 Kluster direkodkan, 10 lokaliti dikenakan PKPD

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Empat kluster baharu iaitu Kluster Bukit Mas, Kinabatangan, Kluster Jalan Stesen TV, Tawau, Kluster Kampung Mananam, Tongod dan Kluster Jalan Utara Dua, Sandakan merekodkan jumlah kes 45 (8.7%) dari jumlah kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media, empat kluster dilaporkan hari ini, Kluster Kg Mananam di Tongod dikesan pada 19 Julai 2021 melalui saringan bergejala melibatkan kes indeks merupakan lelaki, 49, pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag positif 34%) di Pejabat Kesihatan Daerah Tongod setelah mengalami gejala sakit kepala, sukar bernafas, hilang deria rasa, kurang selera makan dan demam.

Namun, saringan kontak mendapati 14 lagi kes positif dalam kalangan komuniti di sekitar kampung terbabit sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 20 kes termasuk lima kes baharu.

Manakala Kluster Jalan Stesen TV di Tawau melibatkan penularan jangkitan di sebuah ladang ternakan ayam di Mukim Sri Tanjung , daerah Tawau.

Kes indeks adalah buruh kasar lelaki, bukan warganegara, 24, disahkan positif Covid-19 dengan (RTK-Ag positif 20%) hasil saringan bergejala.

Saringan kontak rapat mendapati 48 kes positif termasuk keluarga, rakan sekerja serta jiran yang tinggal di kuarters pekerja.

Daripada 124 kontak yang disaring, kluster ini merekodkan 68 kes positif termasuk 19 kes baharu.

Sementara Kluster Bukit Mas di Kinabatangan adalah kluster jenis tempat kerja di Mukim Sukau, kes indeks merupakan lelaki, 32, kerani stor di Ladang Sawit Bukit Mas, Kinabatangan.

Kes yang mula bergejala demam dan batuk sejak 15 Julai 2021, disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag gred 100%) pada 19 Julai 2021 di Klinik Kesihatan Lahad Datu dan telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Saringan kontak mendapati 10 lagi kes positif dalam kalangan keluarga, pekerja dan tanggungan menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 11 kes.

Kluster seterusnya, Kluster Jalan Utara Dua di Sandakan tercetus di wad lelaki sebuah hospital kerajaan di Sandakan dan dikategorikan sebagai kluster pusat rawatan.

Kes indeks adalah lelaki, 74, yang menjalani ujian saringan Genexpert PCR selepas pemeriksaan oleh Pakar Perubatan ke atas X-ray dada, dikesan positif COVID-19.

Saringan seterusnya mendapati 11 kes positif masing-masing dua kes kakitangan dan sembilan kes pesakit-pesakit melalui saringan Genexpert PCR, manakala satu kes penjaga tahanan dan satu lagi kes kontak serumah melalui ujian RTK-Ag.

Turut menjalani ujian saringan Genexpert PCR ialah 28 pesakit di wad tersebut dan didapati negatif, sementara 18 health care workers yang menjalani ujian saringan PCR masih menunggu keputusan dan setakat 23 Julai 2021, kumulatif kes adalah 13 orang termasuk 11 kes baharu hari ini.

Dalam perkembangan lain, Masidi turut menyatakan 10 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 25 Julai 2021 hingga 7 Ogos 2021 iaitu melibatkan Kampung Kolam, Kudat, enam Lokaliti di Kota Kinabalu termasuk Taman Sepanggar, Blok D & E, Apartment Angkasa, Bandar Sinsuran, Kampung Sepakat Jaya, Kampung Rampayan dan Kampung Lokub, Taman Sabana Fasa 1, Keningau, Kampung Berhala Darat & Kampung Melayu Bumiputra, Sandakan, dan Kampung Nagapas, Jalan Kebun Lama, Papar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *