COVID-19 : Saringan Kontak Rapat Terus Menjadi Penyumbang Utama Kes Positif

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Saringan Kontak Rapat terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes positif COVID-19 di Sabah hari ini dengan merekodkan angka sebanyak 516 kes meningkat sebanyak 19 kes berbanding 497 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, saringan kontak rapat merekodkan jumlah sebanyak 216 kes atau 41.9 peratus dari jumlah kumulatif harian kes COVID-19 di Sabah.

“Ia diikuti dengan saringan kluster sedia ada dengan 116 kes atau 22.5 peratus dan sarıngan bergejala sebanyak 90 kes atau 17.4 peratus.

“Kluster Melamam di Sipitang menyumbang 49 kes iaitu kes tertinggi daripada kluster sedia ada. Saringan bersasar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mencatatkan hanya 13 kes atau 2.5 peratus,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, sebanyak empat kluster baru dilaporkan hari ini iaitu Kluster Bukit Mas (Kinabatangan), Kluster Jalan Stesen TV (Tawau), Kluster Jalan Utara 2 (Sandakan) dan Kluster Kampung Mananam (Tongod) merekod sebanyak 45 kes atau 8.7% dari jumlah kes hari ini.

Katanya, sejumlah 88.6 peratus daripada kes-kes hari ini adalah dalam kategori satu dan kategori dua.

“Kategori satu iaitu 215 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan kategori dua iaitu sebanyak 242 kes sekadar mengalami simptom ringan (mild).

“Kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Masidi berkata, sebanyak satu kes kematian dilaporkan di Sabah hari ini iaitu di daerah Beaufort.

Katanya, jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh adalah seramai 369 orang menjadikan jumlah kumulatif seramai 72,694 orang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *