HomeIsu tempatanPelajar minat dalam bidang pertanian jana pendapatan lumayan

Pelajar minat dalam bidang pertanian jana pendapatan lumayan

Read Time:1 Minute, 24 Second

RANAU: Meskipun negara masih lagi dilanda pandemik COVID-19, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, keadaan itu tidak menjadi penghalang bagi seorang remaja lelaki, Joevier Jamesron, 17, mengisi masa lapang membantu ibubapanya berkebun menanam buah-buahan.

Joevier pelajar tingkatan 5, di Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh di sini, amat meminati bidang pertanian dan menimba ilmu dari datuknya di kampung membantu mengerjakan kebun buah-buahan dan ladang kelapa sawit yang terletak di daerah Telupid apabila musim cuti sekolah.

Katanya, dia mempunyai semangat tinggi membantu kedua ibubapa mengusahakan bidang pertanian tanpa mengabaikan pelajaran sekolahnya dan ia terbukti apabila sering mendapat gelaran ‘Pelajar Cemerlang’ di peringkat sekolah atas pencapaian kepujian cemerlang dalam semua matapelajaran yang diambilnya.

Sepanjang pelaksanaan PKP, Joevier menanam nenas di kawasan tanah milik ibunya , dia berpuas hati hasil tanaman nenasnya mengeluarkan buah bersaiz besar dan rasanya manis, yang kemudian dijual di pasar pekan Telupid.

Selain kecemerlangan  dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum di sekolahnya, anak pertama daripada dua beradik itu juga berminat dan pandai bermain alat muzik seperti Piano, Ukulele dan Gitar.

Atas sebab kemahiran  bermain alat muzik itu, Joevier sering diundang untuk mengiringi persembahan koir atau lagu-lagu  rohani di Gereja SDA Batu 2 Ranau.

Ibu Joevier, Airine Abidin, 41, pula cukup membimbing  dan mengambil perhatian terhadap perkembangan pembelajaran kedua-dua anaknya, dengan memastikan sentiasa mengulangkaji pelajaran sekolah semasa  berada di rumah dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika pelaksanaan PKP ini.

” Saya tidak menghalang anak saya Joevier meminati bidang pertanian kerana bidang pertanian juga satu perniagaan yang boleh menjana pendapatan yang lumayan,” jelas Airine yang bertugas sebagai seorang Jururawat di salah sebuah klinik swasta di pekan Ranau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular