HomeUtama((VIDEO)) 134 Pelajar UPSI Berasal Dari Sabah Terima Bantuan Bakul Makanan &...

((VIDEO)) 134 Pelajar UPSI Berasal Dari Sabah Terima Bantuan Bakul Makanan & ‘Hygiene Kit’

Read Time:1 Minute, 6 Second

TANJUNG MALIM : Seramai 134 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari negeri Sabah yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima bantuan berupa Bakul Makanan termasuk ‘Hygiene Kit’.

Sumbangan itu merupakan usahasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dengan Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad dan Mercy Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sumbangan yang disalurkan itu adalah bagi membantu meringankan beban pelajar terlibat yang tidak dapat pulang ke kampung dan masih berada di kampus meskipun dalam tempoh cuti semester.

“Bantuan yang diberikan ini juga akan dapat mengurangkan pergerakan pelajar untuk keluar bagi mendapatkan barangan keperluan harian.

“Ini sekaligus akan dapat mengurangkan risiko jangkitan,” katanya berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan bakul makanan kepada pelajar UPSI dari Sabah disini pagi tadi.

Terdahulu, Arthur ketika berucap berkata, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan pelajar-pelajar kurang berkemampuan yang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terus mendapat bantuan makanan.

Katanya, antaranya ialah Program Food Bank Siswa yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

“Melalui program ini, saya dimaklumkan sejak pelaksanaanya pada Februari 2019 sehingga Mei 2021 sebanyak 17,954 mahasiswa telah mendapat manfaat daripada program ini yang telah dijalankan di 27 buah IPT,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular