HomeUtamaPerbadanan Labuan Agih Kit Makanan Kepada 500 Petugas Barisan Hadapan

Perbadanan Labuan Agih Kit Makanan Kepada 500 Petugas Barisan Hadapan

Read Time:1 Minute, 11 Second

LABUAN: Perbadanan Labuan dengan kerjasama syarikat francais Marrybrown mengagihkan kit makanan kepada kira-kira 500 petugas barisan hadapan yang terbabit dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19 di Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussin, berkata sumbangan itu sebagai penghargaan terhadap pengorbanan dan komitmen tinggi dilakukan petugas hadapan bagi memastikan pandemik COVID-19 di pulau bebas cukai itu dapat dikawal.

“Kita perlu menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang banyak berkorban masa dan tenaga dalam memastikan penularan jangkitan COVID-19 di Labuan dapat distabilkan,” katanya pada program penyerahan agihan kit makanan di Menara Perbadanan Labuan, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rituan Mohd Ismail; Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari dan wakil Marrybrown Labuan, Rokiah Ismail.

Sementara itu, Amir turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada warga Labuan yang memberi kerjasama dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan kerajaan.

“Selain menghargai petugas barisan hadapan, kita juga berterima kasih kepada warga Labuan secara keseluruhannya kerana memberikan kerjasama dengan mematuhi SOP dalam menjayakan sasaran kerajaan untuk menstabilkan kes COVID-19 di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Antara penerima kit makanan itu ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Labuan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Penguatkuasa Perbadanan Labuan.

Sehingga semalam, Labuan merekodkan sebanyak 9,599 jumlah kumulatif kes posituf COVID-19 termasuk 21 kes baharu.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya