HomeIsu tempatanKemudahan Fasiliti Sukan Yang Baik Mampu Beri Peluang Belia Bergiat Lebih Aktif

Kemudahan Fasiliti Sukan Yang Baik Mampu Beri Peluang Belia Bergiat Lebih Aktif

Read Time:1 Minute, 34 Second

TAMPARULI: Penaiktarafan kemudahan padang Pekan Tenghilan beri peluang kepada golongan belia untuk terus aktif dalam program sukan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kemudahan sukan dapat memberi peluang kepada golongan belia untuk bergiat lebih aktif dalam pelbagai program kesukanan selain mengelak mereka daripada melakukan perkara tidak berfaedah.

“Masyarakat di Tenghilan terutamanya belia bakal menikmati kemudahan seperti padang dan gelanggang bola tampar di sini tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat ke Padang Pekan Tenghilan, bersama para pemimpin masyarakat Tamparuli, sini, pada Ahad.

“Sukan merupakan wadah memupuk integrasi nasional dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang yang menjadi asas penting bagi masa depan negara. 

Katanya, aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan masyarakat.

“Selain peluang untuk beriadah, kita juga dapat memaksimakan bakat sukan terutamanya pemain-pemain bola sepak yang dilihat berpotensi untuk digilap bakat mewakili negara pada masa akan datang,” katanya.

“Justeru para pemimpin, ketua masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta semua penduduk perlu bersama-sama menjaga kemudahan tersebut dengan sebaiknya,” katanya.

Tambah Jahid, kerajaan sentiasa memandang berat keperluan rakyat setempat.

Justeru, beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, berharap agar semua pihak dapat mencari cara untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementerian Belia Dan Sukan Sabah, Sr. Mohd. Yusrie Abdullah, berkata, projek yang sedang dijalankan sekarang adalah penaiktarafan padang sedia ada, pembinaan tandas awam bagi pengguna padang dan gelanggang bola tampar.

“Bagi belia dan penduduk, jagalah kemudahan ini sebaiknya, gunakan dengan betul dan ikutlah peraturan supaya kerajaan pun senang untuk menyediakan lebih banyak kemudahan di kampung masing-masing,” jelasnya.

Jelasnya, ia juga merupakan salah satu usaha kementerian bagi membantu persatuan berdaftar yang bertanggungjawab menjaga padang berkenaan, untuk menjana pendapatan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti di situ.

“Oleh itu, kami berharap semua pihak dapat bersama-sama kami menjaga kemudahan ini seperti disarankan oleh Datuk Jahid Jahim,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular