HomeIsu tempatanTunaikan tanggungjawab daftar dan terima vaksin COVID-19 - Dr Edwaider

Tunaikan tanggungjawab daftar dan terima vaksin COVID-19 – Dr Edwaider

Read Time:1 Minute, 19 Second

RANAU: Masyarakat di daerah ini diseru untuk menunaikan tanggungjawab untuk mendaftar sebagai penerima vaksin bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan, selaku penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau, Dr Edwaider Koimin menyeru kepada orang ramai yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 agar menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia supaya mendaftar sama ada menerusi aplikasi Mysejahtera atau secara menual dan menerima vaksin tersebut.

“Apabila mendapat tarikh menerima vaksin, maka hadirlah ke PPV yang terdekat untuk menerima suntikan.

“Jangan meragui atau takut dengan suntikan vaksin tersebut sebab semuanya selamat digunakan samada vaksin jenis Pfizer atau Sinovac,” kata Dr Edwaider ketika ditemui media di PPV Dewan Masyarakat Ranau hari ini (26 Julai).
              
Pada masa yang sama, seramai lima orang berkerusi roda adalah antara 874 orang penerima yang hadir menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di sini.

“Walaupun mereka berkerusi roda namun  tidak mematahkan semangat untuk hadir menunaikan tanggungjawab menerima suntikan vaksin bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 yang kini masih belum berakhir,” tambah Dr Edwaider.

Salah seorang penerima vaksin berkerusi roda, Emin Subari, 71, dari Kampung Lohan Skim 1, berkata supaya jangan takut menerima vaksin dan adalah menjadi satu tanggungjawab semua rakyat mengambil vaksin COVID-19 tidak mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Sementara seorang lagi yang hadir di temani cucunya iaitu,  Laniam Kindoron, 70, dari Kampung Ruhukon turut mengakui beliau mempunyai rasa tanggungjawab untuk menerima suntikan vaksin sebagai satu usaha melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan COVID-19.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular