COVID-19: Sabah catat 741 kes positif, 3 kes kematian

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 741 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 80,931 kes.

Namun, tiga kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu Putatan, Penampang dan Kudat masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penyumbang utama jumlah kes hari ini adalah dari Saringan Kontak Rapat iaitu sebanyak 379 kes atau 51.15%.

Diikuti tambahan kes dari Saringan Kluster Sedia Ada dengan 101 kes atau 13.6 % dan Saringan Bergejala sebanyak 129 kes atau 17.41% dari kumulatif kes harian Negeri Sabah, manakala Saringan Bersasar merekodkan 53 kes atau 7.15%.

Katanya, sejumlah 74% daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu 257 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak 291 kes sekadar mengalami simptom ringan (mild), bagaimanapun kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

Dalam pada itu, jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital sembuh 652 menjadikan jumlah kumulatif 74,737 orang.

Seramai 3,554 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 685 orang di hospital, 2,740 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, manakala 129 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.

Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 80 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *