Sabah akan diberikan vaksin Cansino dan Johnson&Johnson kata Zafrul

Read Time:30 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan membekalkan vaksin Cansinobio dan Johnson&Johnson kepada Sabah dalam tempoh terdekat untuk meningkatkan kadar vaksinasi penduduk di negeri ini.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat petang semalam.

“Kerajaan persekutuan bersetuju untuk menyokong usaha kerajaan Sabah dengan membekalkan vaksin satu dos terutamanya untuk meningkatkan tahap vaksinasi si kawasan pedalaman untuk membantu negeri Sabah.

“Kalau saya perlu sebut vaksin itu ialah Cansino dan Johnson&Johnson,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.