HomeEkonomiK.K.I.P, SK Nexilis Meterai Perjanjian Bangunkan Kilang Kerajang Tembaga Di Sabah

K.K.I.P, SK Nexilis Meterai Perjanjian Bangunkan Kilang Kerajang Tembaga Di Sabah

Read Time:1 Minute, 19 Second

BERNAMA

Kota Kinabalu — K.K.I.P Sdn Bhd yang juga pemaju dan pengendali Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), telah memeterai perjanjian pajakan dengan SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd, unit SK Nexilis Korea Selatan, membabitkan kilang pengeluaran kerajang tembaga di kawasan tersebut.

K.K.I.P merupakan anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Sabah menerusi Ordinans Ketua Menteri (Diperbadankan) selain menjadi agensi kerajaan negeri di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Perindustrian.

Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian negeri dengan Ketua Pegawai Eksekutif SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd Shin Dong Hwan dalam satu majlis di sini, pada Isnin.

Terdahulu dalam ucapannya, Joachim mengalu-alukan kehadiran SK Nexilis yang membawa masuk pelaburan bernilai RM4.2 bilion ke negeri tersebut.

“Bagi pihak kerajaan Sabah, kami menyambut baik pelaburan ini yang akan mewujudkan 400 pekerjaan untuk penduduk negeri ini,” katanya.

SK Nexilis merupakan pengeluar terkemuka bagi produk kerajang tembaga untuk penghasilan bateri kenderaan elektrik (EV).

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Joachim berkata kilang tersebut akan dibina di kawasan seluas 40.5 hektar di KKIP bermula Ogos depan dan dijangka beroperasi pada 2023.

“Kita berharap majlis pecah tanah itu dapat diadakan pada awal atau akhir Ogos depan. Ini merupakan prospek yang baik dan kita berharap dapat membuka kilang-kilang lain berkaitan kerajang tembaga di Sabah seperti bateri EV dan boleh dieksport,” katanya.

Malah, beliau berkata pihaknya optimis usaha itu menjadi satu permulaan baik dan kerajaan negeri itu juga kini dalam proses rundingan dengan pelabur kilang kaca dari China.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Jiangxi, Sabah meterai MoU, jalin rangkaian perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya