Tiga atlet Sabah sertai Sukan Paralimpik XVI Tokyo 2020 di Jepun

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Tiga atlet Sabah akan menyertai Sukan Paralimpik XVI Tokyo 2020 di Jepun bermula 25 Ogos hingga 6 September depan.

Tiga atlet Para yang dimaksudkan itu ialah Brenda Anallia Larry, 15, atlet renang yang akan bersaing dalam acara 50 meter (m) Kuak Lentang kategori S4 wanita, Jonathan Wong Kar Gee, 30, atlet olaharaga yang akan bertanding dalam acara lompat jauh kategori F13 lelaki dan Didin Taresoh, 46, pemain badminton yang akan bertarung dalam acara perseorangan kategori SS6 lelaki.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmy Yahya berkata, seluruh rakyat negeri ini mendoakan semoga ketig-tiga atlet ini berjaya membawa pulang pingat yang mana pastinya menjadi kebanggaan Sabah dan Malaysia amnya.

“Bertandinglah dengan sepenuh tenaga, dengan sepenuh keyakinan dan dengan sepenuh keazaman,” jelas beliau semasa mengiringi pelepasan Brenda dan Didin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada petang Rabu.

Penerbangan Brenda dan Didin juga disertai bersama oleh atlet renang Para dari Sarawak; Jamery Gisa, 36, di mana mereka akan berkumpul untuk menjalani Latihan Pusat di Pusat Sukan Negera bersama 19 lagi atlet negara yang lain termasuk Jonathan yang mana lebih awal berada di Kuala Lumpur, sekembalinya dari Uzbekistan pada 18 Julai lalu.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Andi Muhammad Suryady Bandy yang hadir sama berkata, kerajaan negeri melalui KBSS memberikan sokongan terbaik dalam memastikan ketiga-tiga atlet negeri ini dapat berlatih dengan selesa di Sabah, sekalipun berhadapan kekangan pandemic Covid-19.

“KBSS memberikan sokongan seratus peratus untuk kamu (Brenda, Jonathan dan Didin). Layak ke Paralimpik semenangnya sudah menjadi kebanggaan Sabah tetapi jika mampu membawa pulang pingat, sudah tentu ianya akan menjadi kebanggaan lebih manis lagi,” jelas beliau.

Hadir sama semasa pertemuan ringkas itu ialah Setiausaha Tetap KBSS, Sr. Mohd Yusrie Abdullah, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah (JBSS) Apui Jan, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah; Mohd. Asneh Mohd. Noor, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Sabah,Tan Hwa Koon serta wakil dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *