HomeUtamaPICK : Tambah Jumlah Dos Vaksin di Kawasan Luar Bandar, Sambutan Penduduk...

PICK : Tambah Jumlah Dos Vaksin di Kawasan Luar Bandar, Sambutan Penduduk Semakin Meningkat

Read Time:52 Second

LAHAD DATU: Jumlah dos vaksin yang diperuntukkan bagi kawasan luar bandar perlu ditambah bagi menampung permintaan suntikan yang semakin menggalakkan. 

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Mizma Appehdullah berkata, hal ini dapat dilihat apabila jumlah dos vaksin yang dibawa pihak kesihatan tidak mencukupi bagi masyarakat yang hadir bagi mendapatkan vaksin dalam Program Outreach Covid Immunisation Task Force (CITF).

“Perkara ini perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan agar jumlah bekalan dapat ditingkatkan bagi memudahkan orang ramai menerima suntikan vaksin.

“Selain itu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) juga perlu ditambah di kawasan luar bandar agar penduduk kampung tidak terbeban dengan kos sekiranya turun ke bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Program Outreach CITF di SK Tawayari, disini hari ini.

Program tersebut diselaraskan Jabatan Penerangan Daerah Lahad Datu dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.61 Segama dengan peruntukan 300 dos pertama vaksin Covid-19 jenis Pfizer.


Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa, Pegawai Kesihatan Kawasan Lahad Datu, Dr Amirul Hisham dan Pegawai Penerangan Daerah, Hendry Nurdin./PENERANGAN-

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya