HomeIsu tempatanFINAS serah 200 bakul makanan kepada penggiat industri kreatif Borneo

FINAS serah 200 bakul makanan kepada penggiat industri kreatif Borneo

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Cawangan Sabah menyerahkan 200 bakul makanan kepada penggiat industri kreatif Borneo.

Ahli Perbadanan FINAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri Sabah, Dr. Rose Patsy Tibok berkata, bantuan disampaikan bagi meringankan beban para penggiat seni yang terjejas oleh pandemik Covid-19.

“Selain itu, FINAS turut mengumpul data mana-mana penggiat industri kreatif yang memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui media selepas Program Agihan Bakul Makanan Pandu Lalu Kepada Penggiat Industri Kreatif Sabah di Kompleks Bersepadu KKMM, pada Khamis.

Lima persatuan yang terlibat dalam penyerahan bakul makanan itu ialah Persatuan Penggiat Perfileman Sabah (FILEMS), Persatuan Penggiat Filem dan Kadazan Dusun Murut Sabah (KDMFM), Persatuan Penggerak Kreatif dan Inovasi Sabah, Karyawan Seni Sabah (KERIS) dan Sabah Photo.Video.MUA (Sabah PVM). – Penerangan

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya