HomeIsu tempatanPolis tahan dua lelaki miliki syabu

Polis tahan dua lelaki miliki syabu

Read Time:1 Minute, 22 Second

BEAUFORT: Polis menahan dua lelaki memiliki dadah jenis syabu dan positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine dalam satu sekatan jalanraya semasa “Op Motosikal” Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort di KM 23, Beaufort/Papar pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Supritendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, Kejadian berlaku pada 30 Julai 2021, jam 4.00 petang semasa “Op Motosikal” Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Beaufort di KM 23, Beaufort/Papar, sepasukan BSPTD Beaufort diketuai oleh Inspektor Azmimi Abdullah (pengadu) telah menahan sebuah kereta jenis Perodua Viva warna perak, dipandu oleh seorang lelaki bersama seorang penumpang lelaki yang duduk di bahagian hadapan.

Menurut Yusoff Zaki, pengadu menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas penumpang hadapan dan telah menjumpai sembilan paket plastik lutsinar kecil masing-masing berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 5.34 gram dari dalam poket sebelah kiri seluar yang dipakainya.

Kemudian pengadu membuat pemeriksaan fizikal ke atas pemandu dan telah menjumpai 10 paket plastik lutsinar kecil masing-masing berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 5.41 gram dari dalam poket sebelah kanan seluar yang dipakainya.

Yusoff Zaki berkata, dua individu yang ditahan iaitu seorang warga tempatan berusia 28 tahun dan seorang warga asing berusia 35 tahun.

Katanya, pengadu telah menahan kedua-dua suspek dan merampas barang kes, seterusnya membawa mereka ke IPD Beaufort sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Beaufort untuk tindakan lanjut.

Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya