20 Buah Keluarga Terima Bantuan Bakul Makanan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:56 Second

KUALA LUMPUR : Sebanyak 20 buah keluarga dari Sabah yang tinggal sekitar Cheras dan Puchong disini menerima bantuan berupa bakul makanan.

Bantuan yang disalurkan sebuah syarikat dari Sabah iaitu Gumutusin Enterprise turut mendapat kerjasama Persatuan Momogun Sabahan.

Pemiliknya Francis Bungin berkata, ia merupakan sumbangan peribadinya bersama tiga lagi rakan lain bagi membantu penduduk Sabah yang terkesan ekoran pandemik COVID-19.

“Bantuan ini diinspirasikan oleh saya selepas mendapat maklumat bahawa terdapat keluarga dari Sabah yang tinggal di Cheras dan Puchong memerlukan bantuan khususnya dari segi makanan harian.

“Oleh sebab itu, saya bersama tiga lagi rakan lain iaitu Godfrey Tudol; Benedick Zamry Buan dan Lai Sing Yieh telah mengumpul sejumlah dana bagi membeli dan menyediakan bakul makanan untuk diedarkan kepada keluarga yang memerlukan ini,” katanya kepada Sabah Media disini kelmarin.

Francis berkata, bakul makanan itu merangkumi bekalan Beras; Telur; Biskut dan beberapa keperluan makanan yang lain.

Katanya, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Momogun Sabahan kerana turut membantu dalam melaksanakan program penyaluran bantuan berkenaan.

“Kami berharap bantuan ini dapat memberi manfaat kepada penerima dan selain berharap akan dapat membantu lagi mereka yang memerlukan pada masa akan datang,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *