HomeIsu tempatanPenduduk Sanang Senang Hati Bakal Dapat Jambatan Baharu

Penduduk Sanang Senang Hati Bakal Dapat Jambatan Baharu

Read Time:1 Minute, 16 Second

KENINGAU : Penduduk Kampung Sanang Dalit, Sook kini mampu menarik nafas lega apabila sebuah jambatan konkrit baharu kini sedang dibina bagi memudahkan penduduk sekitar menyeberangi sungai tersebut.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, tindakan segera telah diambil bagi membolehkan penduduk kampung menggunakan jambatan tersebut sebagai laluan utama ke Pekan Sook.

“Jambatan yang dibina pada tahun 1970-an sebelum ini telah runtuh disebabkan oleh banjir kilat.  Oleh itu, penduduk terpaksa menggunakan jambatan sementara yang dibina secara bergotong-royong.

“Kerja-kerja pembinaan jambatan baharu telah bermula dan akan mengambil masa selama tiga minggu untuk disiapkan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Arthur yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata, pembinaan jambatan konkrit itu juga akan membolehkan penduduk kampung berulang-alik menggunakan kenderaan seperti kereta dan motor.

Katanya, sebelum ini penduduk terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumah selain terpaksa meninggalkan kenderaan di seberang sungai.

“Apabila siap nanti, keselamatan penduduk akan lebih terjamin terutama bagi mereka yang sering menggunakan laluan ini untuk membawa ahli keluarga mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

“Jambatan baharu ini dibina melalui peruntukan khas Ahli Parlimen Pensiangan,” katanya.

Dalam pada itu, Arthur berkata, kerajaan sentiasa memberi tumpuan bagi kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), kerajaan telah mewujudkan satu bab khusus untuk Sabah dan Sarawak bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya diberikan.

Terdahulu, pada 16 Julai lalu, Arthur bersama Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook Paul F. Isidore, telah mengadakan lawatan ke Kampung Sanang, Dalit bagi meninjau keadaan jambatan tersebut yang memerlukan pembaikan segera.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya