HomeUtamaSTAR menyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai PM

STAR menyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai PM

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tetap teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, bagi STAR, Muhyiddin masih merupakan perdana menteri yang sah walaupun terdapat banyak tekanan untuk memaksa beliau berundur.

“Muhyiddin masih perdana menteri di bawah perlembagaan. Parlimen akan bersidang pada bulan September dan semua MP berpeluang menentukan kedudukan beliau sebagai perdana menteri.

“Sementara itu, tuduhan-tuduhan bahwa beliau menderhaka terhadap Yang diPertuan Agong adalah tidak berasas, dan sangat mengganggu pada saat kita semua sepatutnya bekerjasama, baik kerajaan mahupun pembangkang untuk memerangi COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Jeffrey berkata, usaha kerajaan untuk menghentikan penyebaran COVID-19 terjejas oleh gangguan politik yang berterusan, dan melemahkan usaha melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti yang dijadualkan.

Hari ini sahaja, hampir 20,000 kes COVID-19 dikesan di Malaysia, dan jumlah kes dijangka akan terus meningkat dalam beberapa minggu mendatang.

“Yang menyedihkan saya ialah, selama empat hari persidangan parlimen, pembangkang berkeras untuk bermain politik tetapi tidak menyumbang apa-apa dalam usaha memerangi COVID-19.

“Apa yang kita perlukan sekarang adalah komitmen tidak berbelah bagi kerajaan untuk memastikan Malaysia berada di landasan yang betul dalam memulihkan ekonomi demi kebajikan rakyat.

“Pembangkang harus memberikan kerajaan peluang untuk melaksanakan pelan pemulihan ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sydney dinobat pemenang peringkat serantau Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya