Vaksin COVID-19: 45.8% Rakyat Malaysia Sudah Divaksinasi – Dr Adham

Read Time:46 Second

KIRA-KIRA 45.8 peratus atau hampir 15 juta daripada populasi Malaysia sudah menerima suntikan dos pertama, setakat Rabu.

Sebanyak 23.6 peratus atau lebih 7.7 juta penduduk lagi telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, dalam tempoh sama.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 494,214 dos telah diberikan semalam.

Menurutnya, sejumlah 230,053 dos pertama dan 264,161 dos kedua diberikan dalam tempoh 24 jam pada Rabu.”Dengan ini ia menjadikan angka keseluruhan melebihi 22.6 juta dos setakat ini,” katanya dalam ciapan beliau pada Khamis.

Lima negeri yang mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua tertinggi pada Rabu ialah Selangor dengan 109,957 orang, diikuti Kuala Lumpur (53,637), Johor (49,403), Sabah (40,962) dan Kelantan (32,026).

Menurutnya, 72 peratus daripada penduduk Lembah Klang sudah divaksinasi dos pertama dengan 31.8 peratus sudah melengkapkan dua dos vaksin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *