HomeUtamaGRS perlu dilindungi bagi pertahan mandat yang diberikan rakyat Sabah - Salleh

GRS perlu dilindungi bagi pertahan mandat yang diberikan rakyat Sabah – Salleh

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berpandangan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dilindungi bagi pertahan mandat yang diberikan rakyat Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu berkata, ia sekaligus memastikan GRS dapat menjalankan pemerintahan yang bertanggungjawab untuk rakyat di negeri itu.

“Untuk mengelakkan keraguan, kita mesti memperkuat GRS sebagai entiti rasmi untuk Sabah, sama seperti GPS untuk Sarawak. Fokus kami adalah untuk mempercepat proses vaksinasi dan mengatasi masalah yang disebabkan oleh penyebaran Covid-19 di Sabah,” katanya di Facebooknya.

Semalam, Umno Sabah berkata kerajaan GRS pimpinan Hajiji Mohd Nor terus disokong walaupun Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Menerusi kenyataan, Umno Sabah berharap keputusan parti itu kekal bersama GRS yang diwakili Bersatu, Umno, Star, PBS, SAPP dan PAS, dihormati semua pihak.

Jelas kenyataan itu lagi, keputusan itu dibuat selaras dengan mandat diberi rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

Katanya, Umno Sabah juga berharap kemelut politik di Semenanjung dapat diselesaikan secara berhemah dan bijaksana selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.

Kemelut politik Semenanjung timbul selepas Umno memutuskan untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN menyebabkan Ahli Parlimen dari parti berbelah bahagi.

Ia makin meruncing apabila beberapa menteri dari Umno meletak jawatan sebagai menteri menyaksikan keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri dipersoal disaat negara sedang bergelut dengan Covid-19. – FMT

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular