HomeSukanAzizul berjaya raih Perak di Final Keirin Olimpik Tokyo 2020

Azizul berjaya raih Perak di Final Keirin Olimpik Tokyo 2020

Read Time:42 Second

SHIZUOKA: Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang menepati sasaran apabila menghadiahkan pingat untuk Malaysia menerusi kilauan perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik 2020, sebentar tadi.

Saingan di Velodrom Izu, Shizuoka menyaksikan Jason Kenny mempertahankan emas selepas bijak menggunakan teknik senko iaitu serangan awal.

Biarpun pelumba Great Britain itu melebarkan jarak dalam saingan tersebut, namun Azizulhasni yang juga Raja Keirin 2017 berupaya mendekatinya dan menamatkan saingan 0.763 saat di belakang Kenny.

Gangsa diraih pemenang dua emas Olimpik Tokyo, Harrie Lavreysen dari Belanda selepas ketinggalan 0.773s di belakang Kenny.

Hari ini juga merupakan hari terakhir kontigen Malaysia yang bertanding di Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 selepas ditangguhkan hampir setahun ekoran penularan wabak covid-19

Dan Malaysia menutup tirai Olimpik Tokyo dengan 1 perak selain 1 gangsa, yang diraih menerusi beregu lekaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya