HomeUtamaPICK : 300 Penduduk Kg Tanjung Aru Lama Terima Vaksin Menerusi Program...

PICK : 300 Penduduk Kg Tanjung Aru Lama Terima Vaksin Menerusi Program Bah Vaksin Kita

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Kampung Tanjung Aru Lama yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menjadi lokaliti PKPD pertama yang diberikan suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Bah Vaksin Kita.

Program anjuran Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Kota Kinabalu itu turut bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, program itu turut dilaksanakan bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru Mohd Reduan Datuk Aklee berkata, seramai 300 penduduk di kampung itu berjaya dikumpulkan pihaknya bersama Ketua Kampung dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Program yang berlangsung kelmarin itu mensasarkan penduduk yang belum mendapat suntikan vaksin dan ini adalah melibatkan pemberian vaksin bagi dos pertama jenis Pfizer.

“Saya difahamkan ini merupakan program jangkauan luar vaksinasi COVID-19 yang pertama dilaksanakan di kawasan PKPD khususnya di Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Mohd Reduan berkata, program itu adalah sebagai salah satu langkah agar pemberian vaksin dapat dipercepatkan bagi segera mencapai imuniti kelompok di Sabah.

Katanya, program seumpama itu wajar dilaksanakan di kawasan-kawasan PKPD yang lain agar rakyat yang memerlukan vaksinasi dapat disegerakan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya berkata, sebanyak dua buah bas (klinik bergerak) disediakan oleh LPPKN bagi tujuan pelaksanaan program jangkauan luar vaksinasi di Sabah.

Katanya, LPPKN adalah sebuah agensi persekutuan dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat Malaysia adalah bernaung dibawah kementeriannya di peringkat negeri.

“Program yang dilaksanakan khususnya di Tanjung Aru itu diselaraskan dengan CITF dan kita bekerja sebagai sebuah pasukan selain menggunakan kemudahan yang ada bagi membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat.

“Pelaksanaan program seumpama ini juga amat baik dan ia menunjukkan komitmen serta kerjasama antara agensi-agensi negeri  dan persekutuan untuk kesejahteraan masyarakat. Inilah bukti kerajaan yang prihatin,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya