HomeUtamaPerbaharui Lesen Memandu & Cukai Jalan Di Pejabat Pos Bermula Isnin

Perbaharui Lesen Memandu & Cukai Jalan Di Pejabat Pos Bermula Isnin

Read Time:50 Second

KUALA LUMPUR: Urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu kini boleh dilaksanakan di pejabat pos mulai Isnin depan (9 Ogos) secara janji temu bagi mengelakkan kesesakan.

Pos Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan janji temu boleh dibuat secara dalam talian melalui ciri Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai esok (8 Ogos) dengan membuat pilihan negeri, cawangan pejabat pos dan klik pada pautan yang tersedia.

“Setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu slot janji temu sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga urus niaga pada setiap janji temu.

“Para pelanggan diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard seperti memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal satu meter ketika mengunjungi premis kami dan elakkan daripada mengunjungi pejabat pos sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala Covid-19,” menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi menerusi AskPos di www.pos.com.my atau seperti yang tertera di skrin utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia. BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya