Suami ugut dan tumbuk isteri gara-gara cemburu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

BEAUFORT: Gara-gara cemburu seorang suami bertindak menumbuk isterinya dalam satu kejadian di Kampung Siaun, Menumbok, di sini, khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, dalam kejadian jam 7 malam itu, suspek yang berusia 60 tahun itu bertindak mengugut mangsa dengan menggunakan parang dan mengacu ke leher mangsa yang juga isteri kepada suspek di rumah mereka di Kampung Siaun, Menumbok.

Siasatan awal, suspek juga turut mengugut mahu membunuh mangsa lalu menumbuk di bahagian kiri pinggang mangsa.

Punca kejadian adalah disebabkan suspek cemburu kerana mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain.

Mangsa berusia 48 tahun itu mengadu sakit di bahagian pinggang kiri dan tidak mampu berjalan semasa memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Yusoff Zaki berkata, mangsa terpaksa dihantar ke Hospital Beaufort menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes disiasat dalam kes ugutan jenayah dan mendatang kecederaan membabitkan keganasan rumahtangga.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *