Kerajaan Negeri terima dividen RM2.74 juta dari LPPS

Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini menerima bayaran dividen daripada Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) berjumlah
RM2,743,636.00.

Pembayaran dividen itu merupakan keuntungan LPPS bagi tahun 2019.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima replika cek bayaran daripada Timbalan Ketua Menteri / Menteri Kerja Raya Negeri, Dato Sri Bung Moktar Radin di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr.Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri lll / Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya, Mohd Jasmin Julpin, Pengerusi LPPS, Datuk Dr. Zaki Gusmiah dan Pengurus Besar (GM) LPPS, Felix Liangson.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *