HomeIsu tempatanVirus COVID-19 adalah wujud, ia sangat menyakitkan - Mainton Ginsui

Virus COVID-19 adalah wujud, ia sangat menyakitkan – Mainton Ginsui

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Walaupun sudah setahun lebih virus COVID-19 melanda di seluruh pelosok dunia termasuk Malaysia namun masih ramai lagi yang tidak mempercayai akan kewujudan virus maut ini.

Bekas pesakit COVID-19, seorang anggota polis penjara, Sarjan Mainton Ginsui, 39, menceritakan saat beliau terkena jangkitan virus maut ini pada November 2020 tahun lalu.

Mainton mendapat jangkitan virus COVID-19 dari tempat beliau bertugas iaitu di Penjara Kepayan, Kota Kinabalu.

Katanya, pada masa itu ramai banduan di Penjara Kepayan yang disahkan positif COVID-19, sehinggakan kawasan tersebut dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari pada 20 Oktober hingga 2 November 2020.

“Pada mulanya saya mengalami cirit birit dan batuk yang berpanjangan hinggakan dada saya sakit, saya pergi mendapatkan ujian calitan COVID-19 pada 2 November 2020, keputusan ujian tersebut positif pada 5 November dan dimasukkan ke wad Hospital Queen Elizabeth I kerana saya mengalami demam teruk,” kata Mainton ketika dihubungi Sabah Media.

Ketika dimasukkan ke wad, doktor memberitahu kes beliau berada di kategori 3.

“Ketika itu saya hanya berserah pada tuhan, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan tidak putus-putus berdoa dan memberi semangat untuk saya terus kuat melawan penyakit ini. COVID-19 adalah wujud dan ia sangat menyakitkan.

“Hanya kekuatan diri dan fikiran yang positif, selama 10 hari menerima rawatan di wad, saya bersyukur kepada tuhan, saya sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah untuk kuarantin kendiri selama beberapa hari sebelum kembali bertugas,” katanya.

Kini beliau telah mendapat dua dos lengkap suntikan vaksin COVID-19 pada April lalu.

Bagaimanapun atas tanggungjawab yang diberikan sebagai petugas barisan hadapan, Mainton tetap menjalankan tugas hariannya di Penjara Kepayan dan katanya semestinya risiko amat tinggi kerana masih terdapat banduan yang dijangkiti COVID-19 di sana.

Namun beliau yakin dengan adanya suntikan vaksin yang lengkap akan menguatkan lagi imunisasi tubuh dan setakat ini beliau tidak dijangkiti virus maut itu lagi tetapi amat perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) walau di mana sahaja berada.

Beliau juga menyeru kepada orang ramai yang belum mendapat suntikan vaksin COVID-19 supaya hadir ke pusat-pusat pemberian vaksin yang berdekatan, dapatkan vaksin sebagai perlindung diri dan masyarakat sekeliling daripada terkena jangkitan wabak ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya