HomeIsu tempatan300 Pemandu Teksi Dan Bas Sekolah Daerah Sandakan Terima Bantuan Bakul Makanan

300 Pemandu Teksi Dan Bas Sekolah Daerah Sandakan Terima Bantuan Bakul Makanan

Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Seramai 300 pemandu teksi dan bas sekolah daerah Sandakan menerima sumbangan bakul makanan daripada Bintulu Port Holding yang diadakan secara pandu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan pagi tadi.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan Malaysia, Ling Tian Soon bersama Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung.

Program tersebut telah dianjurkan bersama oleh Persatuan Bas Sekolah Daerah Sandakan dan Persatuan Teksi Seluruh Sabah serta sokongan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Operasi Lapangan Terbang Sandakan, Gazzalih Hussain, Pengerusi Persatuan Teksi Seluruh Sabah, Hiew Su Vun serta Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Seluruh Sabah, Lee Man Keong.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular