HomeUtamaCOVID-19: Akibat Gagal Patuhi Arahan Kuarantin Antara Punca Cetus Kluster Baharu di...

COVID-19: Akibat Gagal Patuhi Arahan Kuarantin Antara Punca Cetus Kluster Baharu di Sabah

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Akibat kegagalan individu yang tidak mematuhi arahan kuarantin antara punca tercetusnya kluster baharu di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat tiga kluster baharu direkodkan di Sabah iaitu iaitu Kluster Paka Kawiyan, Ranau, Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu dan Kluster Tangkuyan, Kinabatangan.

Menurut Masidi, kes individu yang gagal mematuhi arahan kuarantin mengakibatkan penularan jangkitan COVID-19 itu mencetuskan satu kluster baharu iaitu Kluster Paka Kawiyan, Ranau.

Katanya, hasil siasatan mendapati kes indeks, wanita, 32, yang disahkan positif RT-PCR hasil saringan rentas negeri hari ke-10, telah berinteraksi dengan penduduk kampung di sebuah kawasan kebun getah ketika cuba mendapatkan akses talian internet.

“Hasil beberapa siri saringan kontak rapat pada 29 Julai hingga 14 Ogos 2021, terdapat pertambahan bilangan kes dalam kalangan kontak rapat dan kontak sosial kes indeks.

“Daripada 132 orang yang disaring, Kluster Paka Kawiyan, Ranau ini merekodkan 41 kes positif COVID-19 termasuk 13 kes baharu pada hari ini,”katanya.

Manakala Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu pula adalah merupakan kluster tempat kerja yang berlaku di sebuah syarikat perusahaan tayar.

Kes indeks adalah pekerja lelaki, bukan warganegara, 40, yang didapati positif COVID-19 (RTK-Ag) hasil saringan tempat kerja pada 12 Ogos 2021 di sebuah klinik swasta.

Bagaimanapun, punca jangkitan dari Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu ini masih dalam siasatan namun risiko jangkitan didapati tinggi seperti keadaan rumah kongsi yang sesak serta aktiviti sosial dalam kalangan pekerja setiap petang.

Dalam pada itu, Kluster Tangkuyan, Kinabatangan adalah penularan jangkitan dalam komuniti, dimana kes indeks merupakan kerani wanita, 27, di sebuah ladang sawit di Beluran dan disahkan positif RTK-Ag (keputusan positif 63%) dalam saringan tempat kerja pada 9 Ogos 2021.

Hasil siasatan mendapati kes indeks mempunyai sejarah menghadiri upacara pengebumian ahli keluarga di Kg Tangkuyan, Kuamut.

Aktiviti siasatan kontak seterusnya mendapati seramai 128 kontak keluarga, sosial dan tanggungan telah didapati positif COVID-19.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya