HomeUtamaNutrisi Seimbang Tingkatkan Imunisasi Badan Sepanjang Pandemik

Nutrisi Seimbang Tingkatkan Imunisasi Badan Sepanjang Pandemik

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Pengambilan makanan bernutrisi dan seimbang amat penting bagi meningkatkan sistem imunisasi badan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Khor Ban Hock berkata, sistem imunisasi yang tinggi ini mampu membantu melawan jangkitan bakteria, fungi dan parasit.

“Sehubungan itu, orang ramai digalakkan mengambil pelbagai jenis makanan kaya nutrien untuk menyokong sistem imunisasi badan masing-masing.

“Makanan itu haruslah mengandungi nutrien seperti Vitamin A, B6, B12, folat, C, D dan Vitamin E; serta Zinc, Copper, Selenium dan iron,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Pemakanan dan Covid-19 (Nutrition and Covid-19) pada 3S: STEM Speaker Series anjuran Pusat Sains UMS, baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Khor menasihatkan agar pengambilanan makanan tersebut diambil mengikut keperluan.

“Ada yang tersalah faham bahawa pengambilan makanan bernutrien yang banyak pada satu-satu masa akan meningkatkan lagi imunisasi.

“Sebenarnya tidak, pengambilan yang melebihi keperluan harian bukan sahaja tidak meningkatkan sistem imun malah terdapat terdapat nutrien yang boleh memudaratkan sekiranya diambil berlebihan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khor turut menyarankan agar semua pihak terus mengekalkan berat badan yang sihat bagi menjamin kadar pembentukan antibodi yang tinggi selepas menerima suntikan vaksin.

“Kajian menunjukkan pembentukan antibodi adalah lebih rendah kepada penerima vaksin yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

“Ia bukan sahaja pada vaksin Covid-19, malah pembentukan antibodi itu juga rendah apabila mereka menerima suntikan vaksin lain seperti Influenza, Hepatitis B dan vaksin Rabbies,” katanya.

Namun Khor menjelaskan, ia tidak bermakna, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan tidak perlu mengambil vaksin.

“Vaksin penting untuk melindungi diri daripada ancaman pandemik Covid-19.

“Tetapi diingatkan agar menjaga berat badan yang ideal sangat penting sekiranya kita mahu badan kita memberi maklum balas imunisasi yang baik selepas menerima suntikan vaksin,” katanya.

Sehingga hari ini, ceramah berdurasi 1 jam 40 minit itu telah mendapat hampir 4,000 tontonan dan boleh diikuti melalui youtube Pusat Uscience UMS.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya