HomePolitikParlimen Bakal Disajikan Dengan Pertarungan Angka Sekali Lagi - Salleh

Parlimen Bakal Disajikan Dengan Pertarungan Angka Sekali Lagi – Salleh

Read Time:1 Minute, 24 Second

Cyberjaya — Parlimen bakal menyaksikan pertarungan “angka” sekali lagi dengan kemungkinan majoriti tipis, kata bekas menteri persekutuan Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Bagaimanapun beliau yang juga bekas ketua menteri Sabah berkata, apa pun yang berlaku harapan rakyat adalah satu “pentadbiran” yang baharu, bukannya suatu “penyelesaian politik” pada waktu mencabar ini.

“Nampaknya kita sedang melalui satu lagi proses untuk memilih PM yang baharu berdasarkan pilihan parti.

“Sekali lagi, ini bermakna ia menjadi pertarungan angka dengan kemungkinan majoriti tipis. Mari kita nantikan keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya di Facebook rasmiya hari ini.

Sementara itu Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang bermesyuarat malam tadi telah sebulat suara untuk mencalonkan hanyasatu nama untuk menjadi Calon Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri.

Dan pagi ini beberapa pertemuan membabitkan pemimpin parti PAS turut dilaporkan berlangsung di Menadar Dato’ Onn, dan pertemuan turut membabitkan pemimpin BERSATU dan UMNO di kediaman Tan Sri Muhiaddin Yassin di Bukit Damansara.

Kenderaan membawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dilihat keluar dari kediaman peribadi Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini selepas sejam mengadakan pertemuan.

Berselang dua minit kemudian, kenderaan jenis Toyota Vellfire yang membawa bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut dilihat meninggalkan kediaman perdana menteri sementara itu pada pukul 2.55 petang.

Terdahulu, kedua-dua kenderaan yang membawa bekas menteri Kabinet itu masuk ke kediaman Muhyiddin sejak tengah hari tadi.

Dipercayai pertemuan bekas Perdana Menteri itu bersama Hamzah dan Annuar berkait rapat dengan pencalonan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Ke-9.

Sementara itu, beberapa media turut melaporkan Muhyiddin akan mengumumkan pendirian Perikatan Nasional berhubung calon perdana menteri baharu pada petang ini. 

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Aktiviti Pendataan Digital pendatang asing masih dilaksanakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya